25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Tindakan Fahmi ancam kebebasan media – Geramm

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

GERAKAN Media Merdeka (Geramm) menyifatkan tindakan Fahmi Fadzil melabelkan laporan sebuah akhbar mengenai jangkaan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik sebagai ‘fitnah’ secara terbuka adalah bentuk ancaman terhadap kebebasan media.

Menurut Geramm, tindakan Menteri Komunikasi dan Digital itu jelas bertolak belakang daripada memenuhi kebebasan media seperti yang dilaungkan sebelum ini.

“Geramm ambil maklum tindakan Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil yang tidak berpuas hati dengan salah satu hantaran Facebook akhbar Berita Harian semalam.

“Hantaran terbabit berkaitan artikel memetik pandangan penganalisis kewangan yang menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada bulan Julai. 

“Geramm berpandangan tindakan secara terbuka melabelkan posting Berita Harian sebagai “fitnah” adalah bentuk ancaman terhadap kebebasan media. 

“Tindakan ini juga jelas tidak selari dengan janji-janji kebebasan media yang sering diucapkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook pada Jumaat.

Advertisements

Tambahnya, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membuat penjelasan berhubung  siaran berita itu

“Perlu diingatkan sebarang kenyataan terbuka dari pihak menteri terutama di media sosial boleh membuka ruang untuk serangan peribadi (doxxing) terhadap media atau wartawan berkenaan. 

“Kami Bersolidariti,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam, Fahmi Fadzil menegur laporan BH Online secara terbuka berhubung konon Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi akan menaikkan OPR pada Julai ini disifatkan sebagai satu bentuk fitnah terhadap kerajaan. 

Menerusi ruangan komen di Facebook media berkenaan, Fahmi menyatakan jangkaan kenaikan OPR merupakan pandangan penganalisis bukannya di pihak kerajaan dan Bank Negara. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan