25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan

Hasil siasatan mendapati menu ayam masak merah yang dimakan semasa waktu berbuka puasa pada Ahad.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 60 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik, Perak menerima rawatan apabila mengalami keracunan makanan sejak Isnin lalu.

Difahamkan, kesemua pelajar mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah, dan sakit kepala sebelum dirawat sebagai pesakit luar oleh pasukan perubatan selepas menikmati menu masakan ayam merah di dewan makan.

Menurut Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A Sivanesan, kejadian keracunan makanan itu dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak oleh warden, 11.30 pagi Isnin lalu sebelum notifikasi diterima oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Negeri Perak, 11.38 pagi semalam.

“Verifikasi dan siasatan awal yang dibuat oleh PKD Hulu Perak mendapati 60 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bergejala.

Advertisements

“Hasil siasatan mendapati menu ayam masak merah yang dimakan semasa waktu berbuka puasa, Ahad lalu disyaki penyebab kepada insiden keracunan terbabit,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bilik Mssyuarat G1 Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Jelas beliau lagi, temubual dengan pelajar mendapati masakan ayam itu sudah berbau semasa dimakan, justeru disyaki bahawa ayam mentah sudah rosak sebelum dimasak memandangkan baunya tidak menyenangkan.

Menurutnya, 10 sampel klinikal sudah diambil dari dapur dewan makan asrama terbabit bagi dianalisa, selain arahan penutupan selama tiga hari dikeluarkan terhadap pengurusan dewan makan berkenaan mengikut Akta Makanan 1983 bagi tujuan pembersihan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan