27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan – UMNO masih gagal memahami kesusahan rakyat dalam isu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata, tindakan itu seolah-olah memperlihatkan PH-UMNO tidak peduli dengan derita yang sedang dihadapi rakyat.

“Saya sedih kerana kerajaan kayangan PH-UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga jadi begini. Saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhain sanggup berjalan beratus kilometer untuk menarik perhatian kerajaan kayangan PH-UMNO terhadap derita yang ditanggung rakyat marhain.

“Saya menyokong rayuan agar pengeluaran #KWSPbersasar dibenarkan. Saya tidak faham kenapa PH-UMNO terus gagal memahami kesusahan rakyat marhain dan amat anti-rakyat sehingga ada yang terpaksa tunjuk perasaan macam ni,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Ujar Wan Saiful lagi, apa yang cuba ditonjolkan oleh Norazlan dengan berjalan kaki itu adalah menjadi lambang betapa rakyat kini semakin terdesak.

“Apa lagi PH-UMNO mahu? Hendak sampai ada yang bercerai berai dan keluarga hancur sebab tak mampu hidup?

“Saya telah arahkan pegawai saya mengenalpasti lokasi saudara kita ini agar dapat dipastikan beliau sihat dan selamat,” ujarnya.

Malah, Wan Saiful juga menyatakan beliau juga
telah berjaya dapatkan ruang untuk membolehkan rintihan Norazlan disampaikan terus ke Istana Negara apabila sampai ke Kuala Lumpur nanti.

Terdahulu, media melaporkan Norazlan yang merupakan seorang pemandu teksi, sanggup berjalan kaki sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai, Johor menuju ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP supaya kepayahannya disedari pihak atasan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Misinya bermula sejak malam kelmarin dan mendapat banyak perhatian dari warganet yang rata-ratanya memberikan sokongan moral berhubung tuntutan tersebut.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan