26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wan Saiful gagal batal dua pertuduhan rasuah

Mesti Baca

BEKAS Ketua Penerangan Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa.

Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dikemukakan peguam bela, Amer Hamzah Arshad dan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi hari ini.

Justeru, Rozina memerintahkan kes itu diteruskan dengan perbicaraan ditetapkan25 hingga 27 Mac; 29 dan 30 April; dan 20 hingga 22 Mei tahun depan selain menetapkan 1 Disember ini untuk pengurusan kes.

Pada 29 Mei lalu, Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, memfailkan permohonan untuk membatalkan dua pertuduhan itu atas alasan pertuduhan terhadapnya adalah cacat.

Dalam pada itu, Rasyidah Murni memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai 27 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Advertisements

Wan Saiful, 48, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn. Bhd. mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta. 

Beliau juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn. Bhd. daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn. Bhd. sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Sementara itu, Amer Hamzah ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya tidak akan merayu terhadap keputusan hari ini.

Wan Saiful pula berkata beliau menerima keputusan itu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan