31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

‘Hello Wan Saiful, jangan perasan sangat’ – Anthony

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“HELLO Wan Saiful, jangan perasan sangat,” sindir Setiausaha Agong DAP Anthony Loke Siew Fook.

Sindiran itu, sebagai jawapan balas kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung kenyataan menyentuh jawatan Setiausaha Agung DAP.

Menurut Loke, Wan Saiful tidak dapat memahami pertanyaan daripadanya sebelum ini adalah sindiran kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut.

“Hello Wan Saiful, jangan perasan sangat. Tiada siapa pun jemput hang (kamu) masuk DAP, apatah lagi jadi SG (Setiausaha Agung).

“Takkanlah tahap pemahaman BM (Bahasa Melayu) hang gitu lemah? Yang depa (mereka) tanya hang (kamu) Setiausaha Agung DAP ka itu adalah bahasa sindiran!,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran tersebut mengulas jawapan Wan Saiful yang memberitahu ada usaha satu kelompok dalam DAP untuk menukar Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada kini dengan calon daripada parti itu.

Wan Saiful mendakwa DAP bercadang untuk menggantikan Ketua Menteri sekarang Chow Kon Yeow dengan calon lain.

Advertisements

“Nama yang disebut-sebut ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

“Apabila saya sebut buat kali pertama beberapa hari lepas, bahawa ada usaha dalam DAP untuk menukar Ketua Menteri, Loke mengatakan bahawa, ‘Wan Saiful, adakah kamu Setiausaha Agung DAP?’

“Saya nak jawab kepada Loke pada malam ini, kalau bagi tawaran, kalau dibayar pun, sampai mati pun, saya tak ingin jadi Setiausaha Agung DAP,” kata Wan Saiful.

Loke sebelum ini meminta Wan Saiful agar tidak mencampuri urusan parti itu terutama dalam soal calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau turut menasihati bekas Ketua Penerangan Bersatu itu supaya menjaga urusan partinya sendiri berbanding hal ehwal parti lain.

“Saya tanya, adakah dia (Wan Saiful) Setiausaha Agung DAP, (maka) dia boleh tentukan calon kita?” soal Loke. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan