32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kes KLIA: SPRM masih buru ‘ejen’ terima bayaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memburu individu yang dikatakan bertindak sebagai ejen kepada wanita warga China yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini individu terbabit dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga asing.

“Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan individu yang dilaporkan menerima bayaran sebanyak RM18,000 untuk membawa masuk wanita warga China menerusi KLIA adalah lelaki bukan warganegara Malaysia.

“Kita sudah mempunyai butiran mengenainya namun kita belum dapat mengesan kedudukannya pada masa ini,”katanya memetik laporam BH Online.

Advertisements

Katanya, maklumat itu diperoleh daripada siasatan awal yang dijalankan sebelum ini hasil rakaman percakapan daripada wanita warga China yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Beri kami (SPRM) ruang untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh mengenai kes ini,” katanya.

Sebelum ini Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu masuk negara KLIA.

Beliau mendedahkan perkara itu selepas mengakui dirinya adalah individu yang terbabit dalam insiden kekecohan di KLIA, selepas dikatakan cuba ‘melepaskan’ masuk seorang wanita warga China yang dilarang memasuki negara ini oleh pegawai imigresen.

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan