33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pemuda UMNO bidas Guan Eng, tapi Zahid pertahankannya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung dakwaan sengaja membangkitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum selepas kenyataan kontroversinya dalam artikel China Press.

Tindakan beliau dilihat berbeza pandangan dengan Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh yang mendesak supaya Guan Eng disiasat pihak berkuasa.

Ini kerana Dr Akmal melihat kenyataan yang dikeluarkan berbau unsur perkauman kerana menyentuh isu yang sensitif.

Zahid yang mempertahankan Guan Eng tersebut berkata, ada pihak sengaja memainkan semula isu terbabit dan cuba memburuk-burukkan bekas Menteri Kewangan itu.

Justeru, beliau menyifatkan dakwaan yang cuba memburukkan Guan Eng itu adalah satu pembunuhan karakter.

“Tidak, saya juga membacakan laporan itu. Ia berlaku sudah beberapa lama tetapi ia diulang untuk memburukkan Lim Guan Eng.

Advertisements

“Saya fikir kalau kita berbeza politik sekalipun, eloklah perbezaan itu dengan akhlak politik yang baik. Jangan ikutkan character assassination (pembunuhan karakter),”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2023 Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar China Press melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Susulan itu, Dr Akmal dilaporkan meminta polis menyiasat kenyataan Guan Eng yang mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Akmal berkata, tindakan itu sebagai memberi amaran keras supaya tidak sesekali mempermainkan isu 3R tanpa mengira parti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan