30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

SME Corp perlu cari dana bantu usahawan PMKS

PMKS mempunyai pasaran besar dengan 94 peratus industri di seluruh dunia adalah terdiri daripada kumpulan usahawan tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SME Corporation Malaysia (SME Corp) perlu berusaha mencari dana pembiayaan bagi membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mempromosikan produk mereka ke pasaran antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembiayaan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu amat diperlukan kerana PMKS mempunyai pasaran besar dengan 94 peratus industri di seluruh dunia adalah terdiri daripada kumpulan usahawan tersebut.

Malah katanya, dalam Keluaran Dalam Negara Kasar, sumbangan usahawan PMKS adalah sekitar RM520 bilion, atau 38 peratus, dan ini harus dihargai kerana ia turut memberi 7.3 juta peluang pekerjaan kepada negara.

“Sebab itu, apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dipertanggungjawab untuk membantu usahawan ini, ia bukan sekadar menyelaras usaha keusahawanan seperti memberi pembiayaan, melakukan pemantauan dan menyediakan latihan.

” …tetapi yang lebih penting ialah ia harus bersama-sama dengan pelbagai kementerian lain untuk menjadikan PMKS di Malaysia tidak hanya memandang ke pasaran domestik saja tetapi harus pergi (menembusi) ke pasaran angarabangsa,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Merdeka hari ini.

Selain dana, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, usahawan PMKS perlu dibantu bagi mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian.

Beliau berkata, perniagaan dalam talian kini menjadi satu trend yang tidak boleh dielak berikutanperkembangan teknologi Internet yang telah berubah daripada 4G ke 5G dan bakal berkembang ke 6G.

Advertisements

“Jadi peluang dan pendekatan ini harus direbut oleh PMKS selain kita juga menyediakan sokongan eksport kepada mereka.

“Kita dapati eksport PMKS meningkat pada tahun 2020 iaitu RM117.8 bilion dan terus meningkat kepada RM124.3 bilion pada tahun berikutnya. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan yakin ia akan terus meningkat,”katanya.

Bercakap kepada media selepas itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keusahawanan dan PMKS Kebangsaan memberi jaminan akan turut membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mendapatkan dana bagi membolehkan usahawan PMKS mempromosi produk ke luar negara.

Pada masa sama, beliau mencadangkan kementerian berkenaan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) supaya perancangan serta belanjawan akan datang dapat memberi manfaat sewajarnya kepada usahawan PMKS.

Mengulas cadangan agar usahawan PMKS diberi diskaun sewaan premis susulan peningkatan kos sara hidup, Ahmad Zahid berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan menteri berkenaan untuk berbincang dengan agensi terlibat bagi mengurangkan sebarang kos overhead kepada peniaga.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Dompok.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan