33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Verstappen takluk Silverstone

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIAPA lagi yang mampu menyekat Max Verstappen daripada mendominasi perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini?

Itu persoalan yang harus dijawab pesaingnya apabila pemandu Red Bull Racing itu terus unggul selepas memenangi Grand Prix (GP) Britain awal pagi tadi sekali gus merekodkan kemenangan lapan daripada 10 perlumbaan.

Lebih membanggakan, kemenangan di Litar Silverstone itu menyaksikan pelumba berasal dari Belanda tersebut turut merekodkan enam kemenangan GP berturut-turut.

Biarpun Silverstone bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah yang melaungkan nama pelumba seperti Lando Norris, Lewis Hamilton dan George Russel, itu tidak melemahkan semangat Vestappen yang merekodkan masa satu jam 25 minit 16.938 saat.

Advertisements

Norris pula mencipta sejarah tersendiri apabila meraih podium selepas menamatkan perlumbaan di belakang Verstappen ketinggalan 3.798s untuk berada di tempat kedua.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton pula memastikan dua tempat di podium milik pelumba tuan rumah apabila mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Kemenangan itu meletakkan Vestappen jauh di depan dalam pungutan mata selepas mengutip 255 mata meninggalkan rakan sepasukan, Sergio Perez di kedudukan kedua dengan 156 mata.

Bagi kategori pengeluar, Red Bull Racing terus mendominasi dengan 411 mata diikuti Mercedes (203) dan Aston Martin (181). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan