26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Silva pujuk Dybala sertai Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

THIAGO Silva memberitahu dia ada bercakap dengan penyerang AS Roma, Paulo Dybala mengenai kemungkinan pemain itu menyertainya di Chelsea namun enggan mendedahkan butiran jawapan diterima.

Ini selepas pemain antarabangsa Argentina itu dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge baru-baru ini sementara pengurus, Mauricio Pochettino merupakan peminat Dybala.

Pada 2019 semasa mengendalikan Tottenham Hotspurs, Pochettino cuba mendapatkan pemain senegaranya itu namun perbincangan dengan kelabnya ketika itu, Juventus menemui jalan buntu.

Kini di Chelsea, peluang mendapatkan Dybala lebih cerah dengan klausa pelepasan pemain tersebut hanya berjumlah RM63.4 juta sahaja.

Kontrak pemain berusia 29 tahun itu akan berakhir pada 2024 dan Roma dilapor sedia menawarkan kontrak baharu sehingga akhir musim 2026.

Advertisements

Dybala yang hadir menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Silverstone semalam bertembung dengan Silva sebelum diajukan persoalan mengenai perpindahan ke Stamford Bridge.

“Apabila melihat Dybala di sini, mereka (wartawan) berbincang mengenai (perpindahan) dia di Chelsea. Saya harap Dybala akan tiba (di Cobham).

“Saya bercakap dengannya dan bertanya adakah dia akan datang ke Chelsea, dia memberikan jawapan tetapi saya tidak boleh dedahkan apa yang diberitahu.

“Dia merupakan pemain hebat dan saya sangat suka jika dia menjadi pemain Chelsea. Ini akan membantu (memperkuatkan) pasukan,” katanya kepada Sky Sports. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan