29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Khaled tegur MCA persoal kuota bumiputera dalam pendidikan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegur MCA yang cuba mempersoal kuota bumiputera dalam pendidikan.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak wajar dipersoalkan kerana mereka sudah lama bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dan sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut.

Kata Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, jika tidak berpuas hati dengan isu kuota pendidikan bumiputera, MCA sepatunya meleparkan isu itu sejak dari dahulu lagi.

“MCA ni macam terperanjat, bukankah selama ini bersama UMNO dalam BN kuota ini memang diamalkan. Tak pulak bising masa itu,” tegasnya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting menerusi hantaran Facebook semalam membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan sistem kuota pelajar bumiputera dalam pendidikan.

Advertisements

Nicole turut menyifatkan kenyataan Anwar sebagai langkah mundur yang menyebabkan masyarakat Cina berasa tertipu.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Ti Lian Ker memberitahu isu itu cuma lanjutan daripada janji DAP yang menjanjikan untuk memansuhkan kuota bumiputera dalam pendidikan.

“Pemansuhan kuota bumiputera, menjadikan bahasa Cina/India sebagai bahasa rasmi, penerimaan masuk universiti berlandaskan meritokrasi dan sebagainya.”

“DAP seharusnya menarik balik janji-janji ini dan isu akan ditutup,” jelasnya menerusi komen balas Mohamed Khaled. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan