27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Malaysia, Iran kongsi kepakaran bidang pemakanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA sedia berkongsi dan bertukar pengalaman dengan Iran dalam usaha untuk terus memastikan akses makanan kepada rakyat adalah terjamin.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menerima kedatangan delegasi kementerian dari Iran.

Beliau berkata, untuk rekod, pada tahun 2022, jumlah perdagangan sektor pertanian antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 34.35 peratus kepada RM3.1 bilion.

“Jumlah perdagangan pada tahun 2021 berjumlah RM2.31 bilion.

“Sehubungan dengan itu, Malaysia melalui Jabatan Pertanian (DOA) turut ingin mendapatkan kepakaran Iran mengenai pertanian pintar iklim (Climate Smart Agriculture – CSA) melalui penggunaan teknologi pengurusan air pengairan yang cekap (Alternate Wetting and Drying – AWD).

Advertisements

“Ini adalah untuk pengeluaran beras dalam menghadapi kawasan kekurangan air.

“Sebagai timbal balik, Malaysia sedia berkongsi dan bertukar pengalaman dengan Iran dalam usaha untuk terus memastikan akses makanan kepada rakyat adalah terjamin,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan bahawa Malaysia sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pelaburan ke dalam sektor pertanian negara ini.

“Terdahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Malaysia dan Kementerian ini kepada Yang Terutama Dr. Mojtaba Khayam Nekouei, Timbalan Menteri dan Pengarah Pertubuhan Penyelidikan, Pendidikan dan Pengembangan Pertanian (AREEO), Kementerian Pertanian Republik Islam Iran, H.E Ali Asgar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran di Malaysia, dan delegasi,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan