28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kogi kembali ke Liga Super bersama Penang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN sayap, R. Kogileswaran akan kembali mewarnai di Liga Super selepas secara rasminya diumumkan sebagai pemain baharu Penang FC hari ini.

Pemain sayap berusia 24 tahun itu sebelum ini hanya sempat berkelana selama enam bulan sahaja bersama kelab divisyen dua Korea Selatan (K2), Chungbuk Cheongju FC.

Kepulangan Kogileswaran atau Kogi selepas mencapai persetujuan bersama dan difahamkan atas faktor minit permainan bersama kelab tersebut.

Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur itu akhirnya memilih Penang sebagai kelab baharunya bagi menghidupkan kembali karier bola sepaknya.

“Penang dengan ini mengumumkan seorang lagi pemain tempatan baharu yang akan bersama pasukan pada jendela perpindahan kedua musim 2023, Kogi kini Harimau Kumbang,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Kogi beraksi bersama Sri Pahang FC selama tiga musim dari 2016 hingga 2019 sebelum berhijrah ke PJ City FC.

Selepas dua musim beraksi untuk PJ City, Kogi mengambil keputusan mengejut apabila menyertai Chungbuk untuk mencuba nasib di luar negara.

Beliau menjadi pemain kedua dari Asia Tenggara yang beraksi di K2 selepas pertahanan kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam yang bermain untuk Ansan Greeners FC.

Kogi mempunyai lapan penampilan bersama skuad kebangsaan dan menjaringkan dua gol sejak 2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan