28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Piala FA: JDT mudah atasi Penang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah menumpaskan Penang FC 5-0 untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala FA 2023.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, JDT yang merehatkan beberapa tonggak utama termasuk Bergson da Silva berjaya memperoleh dua gol pada babak pertama.

Gol pertama JDT terhasil apabila tandukkan Fernando Forestieri terkena palang dan kemudiannya melantun ke arah Ousmane Fane, namun cubaan pemain import itu untuk mengeluarkan bola gagal sebaliknya menerjah ke gawang sendiri.

Jordi Amat menggandakan jaringan buat JDT pada minit ke-38 apabila memanfaat kekalutan di dalam kawasan penalti Penang sebelum mendada bola dan melepaskan satu sepakan voli padu menerjah gawang pelawat.

JDT terus bernafsu memburu gol selepas rehat apabila menambah gol ketiga pada minit ke-49, hasil sepakan penalti Ariff Aiman Hanapi.

Advertisements

Sepakan penalti itu diberikan selepas bola percubaan jarak dekat Endrick Dos Santos terkena tangan Khairul Akmal Rokisham.

Sembilan minit berselang, giliran Corbin Ong pula mencatat nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan peluang dari dalam kawasan penalti dengan kaki kanan untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Syafiq Ahmad melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 JDT apabila meledak gol kelima pada waktu kecederaan menerusi satu jaringan cantik dari atas garisan kawasan penalti yang terhasil daripada gerakan serangan balas pantas.

JDT bakal bertemu Selangor di peringkat separuh akhir nanti . – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan