27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Piala FA: KL City singkir Sabah untuk ke separuh akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA tiga kali, Kuala Lumpur City (KL City) mara ke separuh akhir Piala FA selepas menundukkan Sabah FC 2-1 di Stadium Likas, petang tadi.

Sabah memperoleh sepakan penalti seawal minit kelima selepas Jailton Paraiba dijatuhkan oleh Paolo Josue dalam kawasan penalti.

Telmo Castanheira tidak bermasalah menewaskan penjaga gol, Azri Abdul Ghani untuk meletakkan tuan rumah 1-0 di depan.

Romel Morales hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-11 apabila bijak memperdaya tiga pertahanan tuan rumah namun penyudahnya menafikan peluang mereka.

Penyerang kelahiran Colombia itu akhirnya menggegar gawang Sabah pada minit ke-29 apabila melepaskan satu rembatan deras dari dalam kawasan penalti hasil hantaran silang Declan Lambert.

KL City FC berjaya memperoleh gol kedua seminit sebelum rehat separuh masa pertama hasil jaringan T. Saravanan.

Gol tersebut berpunca daripada gerakan serangan balas pantas dicipta dan gagal dikeluarkan dengan baik Rizal Ghazali sebelum dirampas Saravanan untuk disudahkan menjadikan kedudukan 2-1.

Tiada gol tambahan dihasilkan di babak kedua sekali gus membawa KL City ke separuh akhir dan akan bertemu Terengganu yang mara lebih awal semalam. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan