28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Penang FC gugur Gomez

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG import dari Brazil, Giovanne Gomez digugurkan Penang FC untuk bagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Skuad Harimau Kumbang itu berkata, penamatan khidmat penyerang tinggi lampai itu dilakukan menerusi persetujuan bersama.

“Penyerang import Penang yang berasal dari Brazil, Giovane Gomes telah mencapai persetujuan dengan kelab untuk tidak lagi bersama pasukan bagi baki saingan musim 2023 ini.

“Selamat maju jaya Gomes,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Penyerang berusia 28 tahun itu pernah beraksi untuk Melaka United secara pinjaman pada musim 2021.

Sepanjang bersama Penang, Gomez meledak enam gol secara keseluruhan, empat gol dihasilkan dalam aksi Liga Super sementara dua lagi dijaringkan dalam aksi Piala FA.

Penamatan kontrak Gomez menyaksikan penyerang itu menjadi pemain pertama meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan Julai.

Penang yang dibimbing Manzoor Azwira baru-baru ini membawa masuk bekas pertahanan Perak FC, Mohd. Haziq Puad bagi memperkukuhkan benteng pertahanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan