30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Isu Sanusi: Sultan Selangor titah perkara belum selesai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Menerusi laman Facebook Selangor Royal Office, pertemuan berkenaan telah diadakan secara berasingan.

Difahamkan pertemuan terbabit bagi membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor.

Baginda turut bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai.

Advertisements

Terdahulu, Muhammad Sanusi hangat diperkatakan susulan kandungan ceramah yang didakwa meremehkan baginda berkenaan urusan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ucapan Muhammad Sanusi itu telah dimuat naik dalam saluran media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook serta Twitter.

Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat mendesak Menteri Besar Kedah itu yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) disiasat dan diambil tindakan tegas.

Dilaporkan juga, Muhammad Sanusi telah mengutus surat kepada baginda bagi menjelaskan konteks sebenar ucapannya yang didakwa diputar belit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan