25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Rakyat diajak ambil perkara tulen, bukan direka-reka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) mengajak rakyat untuk memandang ke hadapan serta mengambil perkara-perkara yang tulen dan bukannya direka-reka.

Ini kerana kata bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang ketika ini sudah menyertai Pas, hanya rakyat yang boleh perbetulkan.

“Kita tolak Kerajaan Perpaduan, mana mungkin jadi kerajaan yang tulen. Dulu DAP kata, tolak politik kleptokrasi, iaitu parti-parti yang korup dan salahguna kuasa. Satu kumpulan lagi kata, tolak kaki rasuah, sampai sekarang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, tolak semua itu…

“Sekarang ini kleptokrasi tiada dalam PN, semua ada dalam kerajaan, geng sakau pun duduk dalam kerajaan… adakah gabunan itu semua jadi baik, jadi betul?,” soal Annuar.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kuala Pilah dan Ceramah Perdana di Kuala Pilah, malam tadi.

Kata bekas Setiausaha Agung UMNO itu, PN adalah kerajaan yang terbentuk di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada waktu itu untuk cuba membawa pelbagai kaum bersama mentadbir urus dengan baik sepanjang pandemik COVID-19.

“Bukan sahaja bekerja dengan parti dalam kerajaan tetapi juga termasuk bekerja dengan DAP tetapi tidaklah mengangkat mereka jadi kerajaan.

Advertisements

“Justeru, piliharaya negeri ini penting yang mana pertamanya mesti dizahirkan citarasa sebenar rakyat, jangan kerana pangkat, kedudukan, kawan ,sahabat, tapi rakyat Malaysia mesti zahirkan apa dalam diri anda.

“Kalau anda tolok kleptokrasi, kaki sakau, poltik ganas, janji tidak tertunai, anda tolak politik tidak berprestasi… tolak calon kerajaan… pilih PN untuk jadi alternatif… ini mesej.

“Suara rakyat lima tahun sekali bukan tiap-tiap tahun. Jangan takut untuk bersuara kerana hak kita,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan pada hari ini tidak dapat mandat daripada rakyat dan tolak PH, tolak DAP termasuk di Negeri sembilan.

“Jangan menidakkan perkara yang dibuat oleh orang lain… pokoknya berkata benar, jangan nanti diketawakan orang….

“Soal ekonomi, harga barangan jika tidak diperbetulkan, semuanya berpunca daripada kepala. Oleh demikian, negara perlu diselamatkan…kita buat dengan demokrasi, kerajaan yang betul,” kata Annuar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan