31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis siasat dua jiran bergaduh di Tampoi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian pergaduhan antara dua jiran di sebuah pangsapuri di Tampoi, Johor pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya terkesan video kejadian yang tular di media sosial semalam.

Katanya, semakan mendapati kejadian itu berkaitan dengan dua laporan yang diterima oleh IPD Johor Baharu Utara pada Jumaat lalu daripada dua individu yang terlibat dalam kejadian.

“Keterangan daripada pihak terlibat dan saksi bebas yang merupakan penduduk di pangsapuri itu telah diambil bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, kes disiasat di bawah tiga seksyen, pertama, Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan, boleh dihukum penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Balveer Singh berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mensensasikan isu yang boleh memberi implikasi kepada keharmonian masyarakat.

“Perlu bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi serta tidak melakukan sebarang perbuatan melulu yang menyalahi undang-undang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan