26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis tahan 3 lelaki, rampas dadah nilai RM14.4 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan tiga lelaki berusia, dan merampas dadah bernilai RM14.4 juta selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md Din berkata, tangkapan ke atas suspek yang berusia lingkungan 32 hingga 61 tahun itu dibuat menerusi empat serbuan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Klang pada 13 Julai lalu.

Menurut beliau, antara dadah yang dirampas dalam serbuan tersebut adalah methamphetamine (56 kg), ketamin (20 kg) dan ekstasi (154.3 kg).

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah menjadikan premis kediaman dan rumah kedai sebagi tempat simpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.

“Saringan awal polis terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka negatif dadah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mohd. Kamarudin berkata, semakan rekod jenayah mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau bagi kes jenayah dan dadah.

Katanya, bekalan dadah yang dirampas itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dengan menggunakan jalan darat.

Beliau menambah, JSJN turut mengambil tindakan untuk menyita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM389,166.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula 14 hingga 20 Julai bagi membantu siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan