32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Celupar: Sanusi patut kena hukuman berat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sepatutnya dikenakan hukuman lebih berat kerana tabiat celuparnya yang disifatkan keterlaluan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yakin sikap keceluparannya dapat menjadikan dirinya popular.

Ujar beliau lagi, pemimpin Pas itu tidak seri walaupun pernah didenda sebanyak RM120,000 sebelum ini kerana sama fitnah bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Ada bagusnya juga kalau Muhammad Sanusi didakwa dengan hukuman lebih berat kerana keceluparannya. Tabiat celuparnya semakin keterlaluan.

“Dia tidak serik. Apatah lagi Sanusi yakin keceluparannya menjadikan dia lebih popular. Sebab itu dia mahu terus celupar kerana percaya anak muda suka gaya celuparnya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini. 

Advertisements

Sanusi baru-baru ini mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Baginda dalam pemilihan Menteri Besar.

Terbaharu, Muhammad Sanusi semalam mendakwa akaun TikTok rasminya disekat dalam negara ini tetapi boleh diakses di luar negara.

Menerusi akaun Tiktok sokongannya @sanusimdnor47, beliau berkata, “Kalau dulu puak cabut wayar time kita ceramah, la ni depa buat cara lain pulak,” katanya.

Namun, tinajauan ke akaun TikTok rasminya, @sanusimdnor hari ini kembali aktif dan boleh diakses oleh semua pengguna. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan