27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Piala FA: Tiket final KL City tak laku

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBAHAGIAN daripada tiket perlawanan akhir Piala FA yang diperutukkan kepada Kuala Lumpur (KL) City FC tidak laku dan dipulangkan semula kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Susulan itu, MFL berkata, mereka akan menjual tiket kuota KL City itu kepada penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Tiket yang diserahkan semula KL City itu akan dijual kepada penyokong JDT seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pasukan menerusi hebahan media yang dikeluarkan MFL sebelum ini.

“Bagaimanapun, penyokong KL City masih boleh membeli tiket aksi final itu yang masih ada diperuntukkan buat mereka,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Bagi Edisi ke-32 Piala FA, KL City menempah pertemuan dengan JDT di final selepas masing-masing menyingkirkan Terengganu FC dan Selangor di peringkat separuh akhir.

Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim menjadi lokasi perlawanan akhir kerana JDT merupakan satu-satunya kelab yang memohon kebenaran menjadi tuan rumah selepas tarikh bidaan ditutup 24 Mei lalu.

Biarpun JDT berkelebihan sebagai tuan rumah, MFL menetapkan kedua-dua pasukan diperuntukkan jumlah yang sama bagim kuota tiket perlawanan.

JDT menerusi media sosialnya memaklumkan bahawa tiket perlawanan akhir telah habis dijual.

Tiket-tiket perlawanan dijual pada harga RM50, RM100, RM150 (MFL Premium & FA Cup Premium) dan RM200 (Grandstand MFL) mengikut tier yang ditetapkan MFL. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan