25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kapal MV Tung Sung terbalik, lapan masih belum ditemui

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

OPERASI Mencari dan Menyelamat (Carilamat) lapan mangsa yang masih hilang susulan insiden kapal MV Tung Sung terbalik di perairan Pulau Burung, Kuching petang semalam masih diteruskan.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md. Yunus berkata, keluasan sektor pencarian hari ini merangkumi seluas 373.65 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Burung dan persisir pantai.

Katanya, operasi bersepadu itu melibatkan polis, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Sarawak Coast Guard (SCG) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Keadaan laut dan cuaca di lokasi kejadian pada hari ini baik dengan kelajuan angin 30 hingga 40 km/jam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2.5 meter.

“Sebanyak sembilan aset diaturgerakkan untuk Op Carilamat hari ini melibatkan aset laut dan udara dari Maritim Malaysia, PGU, PPM, SCG, JPBM dan APM dengan kekuatan seramai 97 pegawai dan anggota,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima laporan kehilangan sembilan kru hilang berikutan kapal yang dinaiki mereka terbalik.

Namun sekitar pukul 9.44 malam, wakil syarikat kapal MV Tung Sung telah memaklumkan hanya lapan orang berada di atas kapal berkenaan. 

Zin Azman berkata, seorang lagi kru yang sepatutnya menaiki kapal berkenaan difahamkan tidak berada di atas kapal terbabit.

“Kru yang tidak mengikuti pelayaran dikenal pasti sebagai Maxwell Billy Stimba merupakan warga tempatan.

“Op Carilamat yang masuk hari kedua kini fokus untuk mencari lapan orang mangsa yang masih hilang yang terdiri daripada tiga warga tempatan, empat (Myanmar) dan seorang (Indonesia),”. katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan