30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Berkempen bukan lesen menghina, memfitnah – Sultan Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultah Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua calon dan penyokong bahawa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini bukanlah lesen untuk menghina dan memfitnah dengan sebebasnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Facebook Selangor Royal Office, Baginda bertitah semua pihak terutama umat Islam agar berhati- hati dalam apa yang diperkatakan.

“Jangan sampai menjadi bak kata Pepatah Melayu, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

“Sepanjang tempoh PRN, semua calon dan penyokong diingatkan bahawa tempoh berkempen bukanlah lesen untuk mengumpat, mencela, mencerca, menghina dan memfitnah orang lain dengan sebebasnya,” titah Baginda hari ini.

Senada dengan isi kandungan Khutbah Jumaat bertajuk Dosa Mengumpat dan Mencaci di seluruh masjid di Selangor, Baginda turut menekankan bahayanya perbuatan tersebut.

Advertisements

Titah Baginda, segala perbuatan dan tingkah laku seumpamanya bukan hanya menjatuhkan maruah diri malah mengundang kepada sengketa dan permusuhan berpanjangan hingga menjejaskan keharmonian.

“Perbuatan fitnah dan caci-mencaci ini menjadi lebih ketara dan dilakukan tanpa rasa takut dan malu kepada Allah setiap kali menjelang pilihanraya.

“Seolah-olah musim menjelang pilihan raya adalah pesta yang menghalalkan mencaci maki, mengumpat dan memfitnah antara satu sama lain demi meraih sokongan dan undi dari rakyat,” titah baginda.

Ketika pembubaran Dewan Negeri Selangor (DUN) lalu, Baginda juga pernah berpesan bahawa isu-isu berkaitan dengan kaum, agama dan Institusi diraja tidak seharusnya diheret bagi dijadikan bahan berkempen. 

Baginda menegaskan perkara itu agar perbalahan dan pertelingkahan dalam kalangan umat Islam tidak berlaku dan hubungan antara kaum di negara ini tidak terjejas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan