30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

AGC fail rayuan terhadap pembebasan Muhyiddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Peguam Negara (AGC) telah mengemukakan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Penguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, permohonan yang telah diputuskan mahkamah hari ini hanyalah berkenaan dengan empat pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja. 

“Manakala tiga lagi pertuduhan di bawah seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ke atas Muhyiddin masih kekal.

“Tarikh sebutan (kes) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah pada 19 September ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Muhyiddin pada 18 April lalu memfailkan notis usul untuk memohon dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 

Pertuduhan tersebut dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, selain prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) berhubung projek Jana Wibawa.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata, pertuduhan itu adalah cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan