26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Sultan Selangor selamat tiba di KLIA dari London

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat tiba di tanah air selepas menjalani prosedur perubatan di London, United Kingdom.

Keberangkatan tiba Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa Sultan Selangor kelihatan sihat dan ceria.

Advertisements

“Syukur Alhamdulillah, urusan perubatan Tuanku Sultan Selangor berjalan dengan baik dan lancar. Baginda turut kelihatan sihat dan ceria.

“Patik dan sekalian rakyat sentiasa mendoakan agar Tuanku berdua dilanjutkan usia dalam kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keafiyatan semoga Tuanku kekal qarar bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan, dan kesejahteraan jua,” kata Amirudin.

Sultan Sharafuddin yang berangkat ke London, United Kingdom pada 28 Julai lepas selamat menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) di sebuah hospital di ibu kota tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan