26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Ikan buntal beracun sepatutnya dilarang dijual

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IKAN buntal yang mengandungi toksin (racun) berbahaya sepatutnya dilarang dijual, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 secara jelas telah menerangkan tentang larangan penjualan mana-mana makanan yang mengandungi atau di atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.

Sehubungan itu, katanya, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

“KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

Terbaharu, seorang wanita warga emas maut manakala suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Batu Pahat kerana memakan ikan buntal.

Baca juga:   Inspirasi Ali Rustam dan kepayahan di Perak

Sementara itu, Noor Hisham berkata, berdasarkan tinjauan FSQD pada 2019 menunjukkan 86 peratus responden mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bahaya pengambilan ikan buntal.

Responden berkenaan katanya, terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan