27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

KKD komited perkasa kesalinghubungan digital di Kedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) komited dalam memastikan
kesalinghubungan digital yang merupakan keperluan asas rakyat untuk terus
diperkasa.

Menteri, Fahmi Fadzil berkata, komitmen ini telah beliau zahirkan semasa sesi menghadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang diadakan semalam.

“Saya berpuas hati dengan usaha yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RP Seberang Terus, Alor Setar oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam membantu masyarakat menerusi aktiviti berteraskan ekonomi digital.

“PEDi akan terus memastikan transformasi ekonomi digital dapat dijayakan mencakupi pelbagai latihan berasaskan teknologi maklumat.

“Saya juga telah merasmikan Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap, Kuala Nerang.

“Inisiatif PoP ini akan memberi manfaat kepada penduduk dalam radius 2.5 hingga tiga kilometer menikmati perkhidmatan Internet Jalur Lebar Talian Tetap (JLTT),”katanya di sini.

Menurutnya, penyediaan infrastruktur gentian optik di kawasan sekitar sekolah ini akan mengurangkan kesenjangan digital kepada penduduk setempat malahan akan turut membantu proses pembelajaran dengan capaian internet yang lebih baik.

Katanya, KKD menerusi SKMM turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan mereka menjadi pengguna Internet yang bijak dan bertanggungjawab.

“Saya turut mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet) yang menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan sehingga 30 Mbps dan data tanpa had berharga hanya RM69.00 sebulan iaitu kadar yang lebih rendah daripada pakej semasa yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan.

“Pakej ini diharap dapat membantu golongan B40, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas,”katanya.

Jelas beliau, inisiatif KKD dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis dan YTL ini selari dengan konsep ihsan Malaysia MADANI. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan