30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cuti umum Aidilfitri di Indonesia bermula 19 April

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMERINTAH Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April dan berakhir pada 25 April.

Memetik laporan Agensi, umat Islam di negara itu dijangka meraikan hari kebesaran umat Islam selepas sebulan berpuasa pada 22 April.

Perubahan itu dibuat kerajaan pimpinan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk memberi peluang kepada rakyat negara itu mengambil cuti lebih awal serta memudahkan pergerakan mereka balik kampung atau disebut mudik lebaran.

Dianggarkan sebanyak 123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Balik kampung atau mudik lebaran merupakan hal yang sangat penting untuk rakyat Indonesia khususnya buat mereka yang berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari rezeki.

Ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.

Setiap tahun juga, jutaan manusia akan mudik lebaran sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan