32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ahli Dewan Rakyat, Negara PN ‘bedah’ Belanjawan 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara daripada Perikatan Nasional (PN) berkumpul hari ini, bagi membincangkan mengenai Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata pembentangan bersama itu akan dilakukan oleh pemimpin PN, penganalisa dan ahli ekonomi.

“Hari ini hingga tengah malam semua Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara Perikatan Nasional berkumpul untuk ‘membedah’ Belanjawan 2023.

“Saya amat gembira dengan budaya ilmu yang diterapkan dalam Perikatan Nasional,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Advertisements

Wan Saiful berkata, usaha tersebut akan membolehkan Ahli-ahli parlimen PN menjalankan amanah di Parlimen bersandarkan data dan penghujahan yang kemas.

“Kita tidak beretorik dengan bahasa sastera berbunga-bunga tapi isinya tiada.

“Sebaliknya kita pastikan pasukan kita bergerak secara tersusun untuk mencari solusi yang realistik dan praktikal untuk membantu rakyat,” ujarnya.

Jumaat lalu, Anwar merangkap Menteri Kewangan Kerajaan Perpaduan pimpinannya membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan