26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

SME Bank perkasa perusahaan sosial, PMKS

Mesti Baca

SME BANK akan memperkasa perusahaan sosial dan kemampanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan pengumuman Belanjawan 2023 yang terdiri daripada tiga program baharu berjumlah RM31 juta. 

Presiden Kumpulan, Datuk Aria Putera Ismail berkata, sebanyak RM1.34 bilion diperuntukkan kerajaan untuk kemudahan pembiayaan sedia ada dan tambahan RM9 juta untuk program usahawan semasa di bawah SME Bank.

Katanya, bank itu mengalu-alukan peruntukan kepada sektor PMKS dalam selaras dengan fokus perniagaan memperkasakan Perusahaan Sosial dan guna pakai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam kalangan PMKS bagi tahun ini. 

“Sebanyak RM20 juta diperuntukan di bawah Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial bagi membangun dan memperkukuh perusahaan sosial untuk modal kerja dan pembelian aset manakala sebanyak RM1 juta akan disediakan di bawah Skim Juara Lestari.

“SME Bank juga akan memberi tumpuan memudahkan guna pakai prinsip ESG dalam kalangan usahawan PMKS melalui Skim Insentif Kelestarian bernilai RM10 juta. Kemudahan ini selaras dengan agenda kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 untuk menuju ke arah ekonomi rendah karbon dan membangunkan persekitaran perniagaan yang mampan,” katanya.

Baca juga:   Teka-teki terjawab, ‘lockdown’ dilanjutkan sehingga 28 Jun

Skim Insentif Kelestarian merupakan program intervensi berstruktur dengan geran untuk menyokong usahawan mengguna pakai ESG dalam operasi perniagaan mereka.

Enam daripada kemudahan pembiayaan sedia ada SME Bank juga diumumkan semula yang membolehkan pihak bank untuk terus menawarkan program pembiayaan holistik untuk PMKS. 

Baca juga:   Nama Fadhlina dianggap asing dalam Kabinet Anwar

Kemudahan ini termasuk Jaguh Serantau (RM165 juta), Dana Kemampanan PMKS Bumiputera (Pembiayaan Lestari Bumi) (RM160 juta), Dana Pemantapan Automasi (Geran Padanan PEMERKASA) (RM160 juta), Dana Pemangkin Ekosistem IBS (IBS2.0) (RM165 juta), Dana Pemberdayaan Usahawan Muda (YEF 2.0) (RM90 juta) dan SME Recapitalisation Fund (RM600 juta). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

20 terbunuh, bas bawa jemaah umrah terbakar

SEBUAH bas yang membawa jemaah umrah terbakar selepas melanggar jambatan ketika menuju ke bandar suci Makkah. Insiden di wilayah Selatan...

Lagi Artikel Berkaitan