32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Zuraida dakwa Belanjawan 2023 tidak lambangkan aspirasi Madani

Ia tidak dizahirkan dengan jelas apabila Belanjawan 2023 gagal untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan negara secara holistik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu tidak melambangkan aspirasi Madani.

Beliau berkata, Madani yang seharusnya bercitrakan sebuah masyarakat sivil yang mampan.

“Bagaimanapun ia, tidak dizahirkan dengan jelas apabila Belanjawan 2023 ini gagal untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan negara secara holistik.

“Kerajaan Persekutuan harus mempunyai semangat “Federalism”, yang mana setiap peruntukan atau perancangan harus melibatkan semua pihak di dalam Persekutuan Malaysia, tanpa sebarang elemen pilih kasih.

“Apabila sentimen politik dijadikan sebagai salah satu faktor yang menentukan perancangan kerajaan, kita dapat melihat negeri-negeri pembangkang seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan secara jelas dipinggirkan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Baca juga:   Zuraida sah sertai Muafakat Nasional

Katanya, peminggiran secara terancang ini seolah-olah mahu menghukum negeri yang ditadbir pemimpin pembangkang, tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat.

Zuraida berkata, langkah penjimatan yang dicanang-canang oleh PM-X sebelum ini juga tidak nampak berlaku kerana pengurangan yang dibuat dari sudut peruntukan ahli Parlimen kerajaan (dari RM 3.8juta kepada RM 1.3 juta) dan tiada langsung peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang, hanya akan membebankan rakyat.

“Selain itu, perlu juga dipersoalkan mengapa peruntukan Pejabat Perdana Menteri yang bernilai RM 223.5 juta pada Bajet 2023 (Oktober 2022) tiba-tiba meningkat kepada RM289.14 juta, sedangkan kerajaan pada ketika ini ingin benar berjimat?.

Baca juga:   KKM perjelas isu 'empty water' dalam Facebooknya

”Setakat ini kita tidak nampak sebarang penjimatan yang signifikan kepada kewangan negara, tetapi yang “dijimatkan” adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh membawa manfaat terus kepada rakyat,”katanya.

Tambah beliau, sewajarnya Kerajaan Persekutuan menitikberatkan kebajikan rakyat, termasuk inisiatif seperti pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan yang tidak berkemampuan dan telah kehilangan kerja.

“Ternyata, Bajet 2023 yang dibentangkan oleh PM-X merangkap Menteri Kewangan) ini gagal untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan akan lebih mendatangkan beban kepada masyarakat,” dakwa beliau lagi. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan