26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MN sudi bantu dan sokong PN hadapi PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MUAFAKAT Nasional (MN) menyatakan kesudian dalam membantu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden MN, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sokongan penuh akan tertumpu kepada PN dan keterlibatan ini adalah sejajar dengan hasrat pelbagai pihak.

“Ia kerana perlu direalisasikan agar ukiran kemenangan dapat dinyatakan dalam natijah yang sebenar,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Advertisements

Dalam hantaran tersebut, Zuraida turut berkongsi beberapa keping gambar bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Saleh.

Terdahulu, media melaporkan Presiden Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sah menyertai Pas.

Perkara tersebut diumumkan oleh Takiyudin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan yang diadakan Senawang, Jun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan