27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

2 beradik maut kereta dirempuh lori tangki

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA beradik maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh lori tangki membawa muatan petroleum berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di Jalan Kuantan-Segamat, Kuantan malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mereka yang maut ialah Siti Mazurah Zulkifli, 30, dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, berasal dari Felda Lepar Hilir Satu.

“Kemalangan pada 11 malam itu dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Gambang hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut beliau, daripada siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika hujan dan menyebabkan kereta dipandu Nur Alia Saffiyah terperosok ke bawah lori tangki sebelum kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sehubungan dengan itu, Mohd Zahari berkata, pemandu lori tangki berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan ujian saringan air kencing yang dilakukan negatif.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan