LAPAN pemandu berhadapan detik-detik cemas apabila sebuah lori muatan pasir yang mengalami masalah brek dan mengundur secara tiba-tiba melanggar kenderaan mereka.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku di persimpangan lampu isyarat dekat Rawang Mutiara Business Centre, Petaling Jaya.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang tadi.
Sebuah treler membawa muatan pasir dikatakan mengundur secara tiba-tiba akibat masalah brek.
Lori berkenaan kemudian mengundur secara perlahan dan melanggar 8 buah kenderaan yang berada di belakangnya.
Menyedari pergerakan lori itu, pemandu 8 kenderaan itu segera menyelamatkan diri.
Tiada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
-EDISI9