REAL Madrid berang dengan pelantikan pengadil dari Itali, Daniele Orsato untuk mengendalikan perlawanan suku akhir kedua mereka menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi Rabu.
Biarpun membawa bekalan selesa 2-0 dalam pertemuan pertama Liga Juara Juara Eropah (UCL) di Santiago Bernabeu, khabar pelantikan Orsato sebagai pegawai perlawanan nyata mewujudkan situasi panik dalam kem Los Blancos.
Ini kerana pengadil tersebut pernah mendatangkan mencetuskan kontroversi dalam perlawanan membabitkan Real dan Manchester City yang berkesudahan kelab Sepanyol itu tewas 2-1.
Keputusan itu termasuk menganugerahkan sepakan penalti kepada City selepas Dani Carvajal didakwa menjatuhkan Raheem Sterling sementara Sergio Ramos pula dilayangkan kad merah dalam perlawanan itu.
Pemain sayap, Vinicius turut menyatakan ketidak puashatiannya dengan tahap pengadilan Orsato dalam perlawanan tersebut.
“Gabriel Jesus melakukan kekasaran sebelum menjaringkan gol dan semua orang mengetahuinya.
“Kami ada video bantuan pengadil (VAR) tetapi pengadil tidak mahu melihatnya. Saya sendiri dapat melihatnya dengan jelas dari bangku simpanan,” katanya.
Sementara itu, pemain berpengalaman, Luka Modric turut pernah berdepan detik sukar diadili oleh Orsato.
Perlawanan yang dimaksudkan adalah ketika Crotia menentang Argentina di peringkat separuh akhir Piala Dunia Qatar baru-baru ini.
“Dalam detik penting, dia sepatutnya memberikan kami sepakan penjuru, sebaliknya meneruskan perlawanan dan dalam masa singkat dia meniup wisel menghadiahkan Argentina penalti.
“Saya tidak mempercayainya kerana keputusan itu merubah perlawanan,” katanya. – Edisi 9