Thursday, June 4, 2026

Tun M tanya Anwar, siapa yang cari gaduh?

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa pelik beliau dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu bergaduh dengannya di hadapan pelajar universiti baru-baru ini.

Bahkan, bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan akan meneruskan saman terhadap Anwar kerana Perdana Menteri tidak menarik balik fitnah dan meminta maaf terhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkayakan keluarganya.

Menerusi hantaran terbaharu Dr Mahathir bertajuk ‘Cari Gaduh’ petang tadi, beliau Dr berkata, tindakan saman diambil kerana Anwar masih meneruskan fitnah terhadapnya walaupun selepas berjaya menjadi Perdana Menteri.

“Hari ini hari terakhir untuk Datuk Seri Anwar dan peguamnya menjawab surat dari peguam saya yang memintanya untuk menarik balik fitnah dan meminta maaf kerana menuduh saya menyalah guna kuasa untuk memperkaya keluarga.

“Jika tidak, saya telah arah peguam saya untuk teruskan tindakan undang-undang tersebut.

“Selain itu, saya juga diberitahu bahawa Anwar setelah peguam saya keluar surat meminta dia menarik balik fitnahnya, ketika berdialog dengan pelajar-pelajar universiti telah berkata bahawa dia tidak mahu bergaduh dengan saya,” katanya.

Ujar Dr Mahathir lagi, senario itu agak pelik kerana Anwar telah memfitnahnya selama berpuluh tahun.

“Masa itu pun bila minta tunjuk bukti, tak ada satu pun bukti yang dia tunjuk walaupun dengar cerita ada berkotak-kotak bukti dalam simpanannya.

“Saya tidak ambil tindakan kerana saya anggap ianya perbuatan seseorang yang terdesak kerana terlampau mahu jadi Perdana Menteri.

“Tetapi hari ini, apabila dia dah jadi Perdana Menteri dia masih teruskan fitnah. Jadi saya minta tarik balik dan jika tidak saya ambil tindakan undang-undang. Itulah yang saya lakukan. Jadi siapa yang cari gaduh?

Pada kongres PKR bulan lalu, Anwar mendakwa bekas perdana menteri itu yang mengetuai pentadbiran selama 22 tahun bawah kerajaan Barisan Nasional, dan 22 bulan semasa Pakatan Harapan memerintah pada 2018, mengayakan diri dan keluarganya ketika berkuasa.

Pada 28 Mac, Mahathir mengumumkan peguamnya menuntut Anwar menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari.

Peguam Anwar kemudian memaklumkan pihaknya akan menjawab notis tuntutan dikemukakan Mahathir pada 17 April.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan