31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PM setuju penubuhan syarikat penerbangan butik

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CADANGAN Kerajaan Negeri Sarawak bagi penubuhan sebuah syarikat penerbangan butik mendapat persetujuan secara prinsip daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu dipercayai mampu memberikan impak kepada harga tambang penerbangan yang mahal khususnya antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Melihat kepada prestasi dan keupayaan Kerajaan Negeri Sarawak, pada dasarnya saya bersetuju tentang penubuhan syarikat penerbangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotel dan Pusat Konvensyen Raia, Kuching, Sarawak hari ini. 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, perbincangan lanjut mengenai cadangan tersebut akan dibawa dalam mesyuarat minggu jemaah Menteri esok.

Advertisements

“Saya setuju malah dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu dan Rabu ini, kita bincangkan (lagi berhubung kadar tambang penerbangan yang tinggi dan cadangan penubuhan syarikat penerbangan butik Sarawak),” katanya.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 13 November lalu memaklumkan kerajaan negeri itu masih menunggu lesen dikeluarkan Kementerian Pengangkutan bagi membolehkan syarikat penerbangan butik miliknya memulakan operasi.

Sementara itu, Abang Johari dalam ucapannya berharap kerajaan pusat dapat mempertimbangkan kelulusan untuk penubuhan syarikat penerbangan berkenaan.

“Kita (Sarawak) di Pulau Borneo, orang datang ke sini perlu gunakan kapal terbang. Mereka tidak dapat guna cara lain tetapi kadar tambang mahal.

“Kita sebenarnya tidak mahu bersaing (dengan syarikat penerbangan lain) tetapi hanya mahu stabilkan kadar tambang. Kadar tambang Kuala Lumpur ke Kuching sama seperti Kuala Lumpur ke Hong Kong,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan