Friday, July 24, 2026

De Murga antara 3 pemain dilepaskan TRW

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASUKAN bermasalah, Kelantan FC membuat kejutan apabila mengambil keputusan melepaskan beberapa tiga tonggak utama termasuk pertahanan antarabangsa Filipina, Carli De Murga.

Kelantan FC menerusi kenyataan memaklumkan, dua lagi pemain yang dilepaskan adalah pemain import, Cristian Rontini dan penyerang, Shafiq Shaharudin.

Katanya, penamatan kontrak ketiga-tiga pemain berkenaan dicapai menerusi persetujuan bersama.

“Kelab telah mencapai ‘persetujuan bersama’ untuk penamatan kontrak lebih awal tiga pemain. Semua obligasi yang melibatkan kedua-dua belah pihak juga telah disepakati.

“Pihak kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan oleh pemain-pemain tersebut. Selamat maju jaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Keputusan skuad The Red Warriors itu mengejutkan apatah lagi perlawanan Liga Super baharu memasuki lapan perlawanan.

Untuk rekod, seramai tujuh pemain import masih kekal di Kota Bharu termasuk Nuha Marong, Mario Argues, Miguel Cifuantes, Kim Ming Kyu, Kang Eui Chan dan Leonardo Rolon dan Ismail Akinade. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan