26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Solat hajat mohon keamanan di Sudan – Menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dimohon melaksanakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon agar ketegangan di negara Sudan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im berkata, solat hajat dan doa selamat itu disaran diadakan pada hari ini.

Menurutnya, ia termasuk di bawah masjid dan surau seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan masjid seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Advertisements

“Marilah bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di negara Sudan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Sudan kini bergolak akibat perang saudara meletus semula melibatkan pasukan tentera Sudan dengan militia separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) di ibu kota dan bandar-bandar besar.

Ekoran ketegangan itu, Wisma Putra semalam mengadakan mesyuarat dengan pelbagai agensi termasuk Petronas, untuk meneliti langkah keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan