30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Kerjasama Malaysia-Jepun pada tahap perkongsian strategik

Mesti Baca

MALAYSIA dan Jepun bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik yang lebih menyeluruh.

Ia hasil perbincangan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Jepun, Shigeru Ishiba dalam pelbagai inisiatif pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kerjasama lain termasuk perkongsian antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Waseda University serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Japan International Institute of Technology (JIIT).

“Keio University, merupakan sebuah universiti penting, ia adalah universiti milik beliau (Shigeru Ishiba) yang mana saya pernah mempunyai hubungan baik dengannya.

“Jadi, saya kini memohon kepadanya untuk memastikan Keio University, turut serta dalam beberapa program kita, termasuk dalam dialog peradaban kerana terdapat minat untuk berinteraksi antara Islam dan Taoisme,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Ishiba sempena lawatan rasmi dua hari pemimpin Jepun itu ke negara ini.

Shigeru Ishiba melakukan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja sempena lawatan rasminya ke Malaysia. – Foto: PMO

Inisiatif pendidikan ini merupakan sebahagian daripada usaha lebih besar untuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Jepun melalui kerjasama yang lebih erat dalam perdagangan, pelaburan, dan tenaga bersih.

Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia berterima kasih kepada Ishiba kerana memilih negara ini sebagai destinasi perta lawatan rasmi sejak menjawat jawatan itu Oktober lalu.

Advertisements

“Saya menghargai penghormatan diberikan Ishiba kepada Malaysia yang dipilih sebagai negara pertama untuk mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat dua hala. 

“Ini menggambarkan keutuhan persahabatan dan kepentingan kerjasama Malaysia-Jepun,” kata beliau.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan soal serantau yang menjadi kepentingan bersama termasuk penyelesaian konflik Myanmar berdasarkan Konsensus Lima Perkara.

Katanya, Malaysia sedia menyokong inisiatif Komuniti Pelepasan Sifar Bersih Asia (AZEC) dan saya akan berbincang bersama rakan-rakan ASEAN mengenai penganjuran persidangan ini di Kuala Lumpur ketika Sidang Kemuncak ASEAN.

Menyentuh isu genosid di Gaza yang memerlukan penyelesaian serta bantuan segera, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk Malaysia dan Jepun menjadi Pengerusi Bersama Mesyuarat Peringkat Menteri dalam Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai depan.

Persidangan atas inisiatif Jepun ini akan membicarakan mengenai pembangunan semula Gaza dan Palestin.

“Malaysia dan Jepun juga sepakat mengenai keperluan untuk memperkukuh kerjasama menerusi ASEAN, yang mana Malaysia selaku Pengerusi tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Ishiba, yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan