23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Terbuka Malaysia: Tiga beregu negara ke separuh akhir

Mesti Baca

SETELAH melihat satu persatu pemain pilihan tumbang di peringkat awal Terbuka Malaysia, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai menceriakan para peminat badminton negara apabila berjaya menempah slot ke separuh akhir.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil itu, pasangan negara berjaya menjinakkan beregu China, Cheng Xi-Zhang Chi 21-15, 22-20 di peringkat suku akhir hari ini.

Kejayaan Soon Huat-Shevon itu sekali gus memperbaiki pencapaian pemain negara dalam kejohanan pembukaan Jelajah BWF Dunia itu tahun lalu.

Di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok, pasangan suami isteri itu bakal dicabar beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran yang sebelum itu menyingkirkan beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-12, 14-21, 21-7.

Kejayaan Soon Huat-Shevon turut diiringi satu lagi beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.

Kemenangan straight-set 21-11, 21-18 itu melebarkan kemenangan Tang Joe-Ee Wei ke atas Midorokwa-Saito dengan 4-2 daripada enam pertemuan mereka sebelum ini.

Advertisements

Bagaimanapun pasangan pilihan ketiga itu bakal berdepan beregu no. 2 dunia yang juga pilihan pertama, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China esok.

Dalam acara beregu lelaki pula, sandaran diletakkan kepada Man Wei Chong-Kai Wun Tee yang melakar sejarah kali pertama mara ke separuh akhir Siri Super 1000.

Wei Chong-Wun Tee yang membuat kejutan menyingkirkan beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dengan straight-set 21-15, 21-13 semalam, mengenepikan beregu Perancis, Christo Popov-Toma Jr Popov.

Pasangan di ranking ke-14 dunia itu menewaskan pasangan adik beradik itu 21-15, 21-11 untuk berdepan beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi yang ditewaskan mereka dalam Kejohanan Badminton Asia, April lalu.

Sementara itu harapan untuk menyaksikan satu lagi beregu lelaki negara, Yew Sin-Ee Yi mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 24-26, 15-21. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan