30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

UCL: City teruskan dominasi atasi Young Boys 3-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA bertahan, Manchester City meneruskan dominasi dalam Kumpulan G Liga Juara Juara Eropah (UCL) apabila merekodkan tiga kemenangan bersih selepas menewaskan Young Boys, 3-1, di Stadium Wankdorf, awal pagi tadi.

Young Boys yang merupakan juara liga Switzerland berjaya mengekang City daripada membolosi gawang mereka di separuh masa pertama.

Peluang terbaik City hadir pada minit ke-33 apabila tandukan Matheus Nunes dikeluarkan dari atas garisan gol oleh pemain pertahanan, Loris Benito.

Anak buah Pep Guardiola tidak menunggu lama untuk membuka jaringan di babak kedua apabila Manuel Akanji mudah menolak masuk bola tepisan penjaga gol, Anthony Racioppi untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Young Boys bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan empat minit kemudian apabila penyerang, Meschak Elia berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum menyungkit bola melepasi Ederson.

Advertisements

City bangkit selepas itu dengan memperkemaskan jentera serangan dan pada minit ke-67 mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas Rodri dijatuhkan kapten, Mohamed Ali Camara dalam kawasan penalti.

Penyerang prolifik, Erling Haaland yang ditugaskan mengambil sepakan mudah melepaskan rembatan kencang menewaskan Racioppi untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Julian Alvarez hampir mencipta nama sebagai penjaring tetapi gol jaringannya dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan bola terkena tangan penyerang Argentina itu ketika gol tersebut dihasilkan.

The Citizen bagaimanapun melengkapkan kemenangan pada minit ke-86 sekali lagi menerusi Haaland yang melepaskan rembatan padu terus ke penjuru kanan gawang.

Kemenangan tersebut menyaksikan City mengekalkan rekod tanpa tewas dalam 17 perlawanan di kejohanan Eropah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan