31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

United mahu De Gea kembali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United dilapor mempertimbangkan kemungkinan untuk membawa kembali penjaga gol, David De Gea ke Old Trafford, hanya selepas tiga bulan melepaskan pemain berkenaan.

Penjaga gol Sepanyol itu sebelum ini meninggalkan kelab selepas pengurus, Erik ten Hag menyatakan hasrat mahu penjaga gol utamanya memiliki kebolehan kawalan bola di kaki yang baik.

Susulan itu, United beralih kepada mendapatkan Andre Onana dari Inter Milan dengan bayaran RM272.3 juta sementara kontrak De Gea yang berakhir Jun lalu, tidak disambung.

Namun, Onana dijangka terlepas lapan perlawanan pada Januari depan sekiranya mengambil keputusan menyertai skuad Cameroon bagi kejohanan Piala Negara Negara Afrika.

Advertisements

Dan atas faktor itu, The Sun melaporkan, United mahu mengikat kembali De Gea yang kini masih ejen bebas sejak meninggalkan padang latihan Carrington.

Ini kerana, United hanya memiliki penjaga gol simpanan, Altay Bayindir yang direkrut musim panas lalu sementara Tom Heaton pula bergelut dengan siri kecederaan.

Menguatkan lagi khabar angin, De Gea dilihat keluar minum bersama pemain tengah United, Bruno Fernandes dan rakan-rakan lain.

Dengan Onana yang kerap melalukan kesilapan besar sejak berhijrah ke Old Trafford, kemungkinan De Gea kembali cukup besar apatah lagi pemergiannya sebelum ini tidak diraikan penyokong di Theatre of Dreams. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan