31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Simpan 12,000 pil kuda, Warga Thailand dicekup di Tumpat

Mesti Baca

GARA-GARA menyimpan 12,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM132,000, seorang lelaki warga Thailand dicekup polis di Kuala Jambu, Tumpat, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ibrahim Husin berkata penahanan dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tumpat di pengkalan Kuala Tat, jam 7.30 malam.

Katanya, suspek terdahulu dilihat di tepi sebuah wakaf dalam keadaan mencurigakan sebelum tangkapan dilakukan.

Advertisements

“Berlaku sedikit pergelutan ketika serbuan, namun lelaki berusia 27 tahun itu berjaya ditangkap. Hasil pemeriksaan menemui 60 paket plastik dalam beg yang dipegang.

“Paket plastik itu mengandungi 12,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM132,000. Ujian saringan yang dibuat mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibrahim berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 31 Oktober untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Masa depan negara cerah jika pekerja terus komited – Zahid

MASA depan negara akan lebih cerah jika semua pekerja di segenap sector memberikan komitmen dan berusaha untuk menjadi yang...

Lagi Artikel Berkaitan