25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

UCL: Onana selamatkan penalti, beri United kemenangan sulung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANDRE Onana muncul wira Manchester United apabila menyelamatkan sepakan penalti pada waktu kecederaan bagi memastikan kemenangan pertama Red Devils dalam saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL).

Kemenangan di Old Trafford itu diraih United selepas menewaskan kelab Denmark, FC Copenhagen, 1-0, dalam perlawanan yang seimbang, awal pagi tadi.

Pelawat terlepas peluang berharga seawal minit kelima perlawanan apabila percubaan Mohamed Elyounoussi terkena palang sebelum tindakan susulan Diogo Gonçalves dihalang pertahanan United.

Skuad bimbingan Erik ten Hag yang tewas dalam dua perlawanan pertama Kumpulan A akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-72 menerusi jaringan pemain pertahanan, Harry Maguire.

Advertisements

Bermula daripada sepakan sudut Bruno Fernandes yang ditanduk keluar pertahanan Copenhagen, Christian Eriksen kemudiannya melakukan hantaran silang ke dalam kawasan penalti sebelum ditanduk masuk Maguire untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Namun, ketika kemenangan hampir pasti menjadi milik United, pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas Scott McTominay selepas mengangkat kaki tinggi mengenai kepala Elyounoussi dalam kawasan penalti.

Bagaimanapun, sepakan Jordan Larsson ke sebelah kanan gawang berjaya diselamatkan Onana sekali gus memberikan United tiga mata penting.

United kini berada di tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata di belakang pendahulu, Bayern Munich dengan sembilan mata dan Galatasaray (empat).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan