28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua kapal pindah minyak secara haram ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA kapal jenis Very Large Crude Carrier (VLCC) yang berdaftar di Panama dan Honduras ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kedua-dua kapal tersebut ditahan ketika melakukan aktiviti ship to ship (STS) di kedudukan 32.1 batu nautika timur Tanjung Sedili pada pukul 12.35 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua kapal itu enggan memberikan kerjasama bagi diperiksa sehingga memaksa Maritim Johor meminta bantuan Bahagian Operasi Udara dan Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim Malaysia melakukan force boarding.

Force boarding dilakukan dengan menggunakan pesawat udara AS 365 N3 Dauphin milik Maritim Malaysia bersama tiga anggota PTK Maritim Malaysia.

“Kedua-dua kapal terlibat berjaya ditahan pada pukul 6 petang. Nakhoda kapal terlibat telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran atas aktiviti yang dijalankan,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Advertisements

Nurul Hizam berkata, kapal tangki pertama dikendalikan 26 orang kru berumur diantara 23 hingga 54 tahun, manakala kapal tangki kedua dikendalikan 26 orang kru berumur diantara 21 hingga 51 tahun.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan melakukan aktiviti kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran. Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Nakhoda kedua-dua kapal turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya bersalah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan