27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

UCL: Arsenal atasi Sevilla 2-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GABRIEL Jesus mempamerkan persembahan menakjubkan ketika membantu Arsenal menewaskan Sevilla, 2-1 dalam aksi Kumpulan B, Liga Juara Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, The Gunners terlepas peluang berharga seawal minit kelapan apabila situasi percubaan satu lawan satu Gabriel Martinelli diselamatkan penjaga gol, Ørjan Nyland.

Peluang terbaik Sevilla hadir pada waktu kecederaan babak pertama apabila rembatan Youssef En-Nesyri dari dalam kawasan penalti sedikit tersasar di bahagian kanan gawang.

Dan kegagalan itu dimanfaatkan Arsenal apabila berjaya meledak gol pertama selang seminit kemudian hasil daripada serangan balas pantas.

Advertisements

Gol tersebut berpunca daripada sepakan penjuru Sevilla yang dikeluarkan pertahanan Arsenal sebelum disambung Jeses dan menghantar kepada Martinelli yang tidak dikawal dengan mudah meletakkan Gunners 1-0 di depan.

Jesus terus menjadi duri dalam daging buat tuan rumah apabila meledak gol kedua Arsenal pada minit ke-53 menerusi sepakan lencong dari sayap kiri.

Tuan rumah berjaya merapatkan jurang lima minit kemudian apabila Nemanja Gudelj menanduk masuk sepakan penjuru Ivan Rakitic untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Sevilla terus menguasai perlawanan selepas itu bagi mencari gol penyamaan namun pertahanan Arsenal kental mempertahankan gawang mereka daripada dibocori bagi memastikan tiga mata penuh dibawa pulang dari Seville. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan