27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

MOSTI lulus 119 projek R&D berjumlah RM252.7 juta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah meluluskan 119 projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kos berjumlah RM252.7 juta sehingga suku ketiga tahun ini.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ia merupakan sebahagian daripada siling peruntukan keseluruhan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi dana Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (Pemacu) yang diluluskan berjumlah RM350 juta.

Katanya, pemerkasaan sektor R&D menjurus kepada peningkatan nilai dan tahap ekonomi negara ekoran perkembangan inovasi, di samping pembangunan bakat-bakat tempatan yang akan melonjakkan penciptaan teknologi tempatan yang berdaya saing dan bertaraf global.

“Kerajaan komited memperkasa sektor R&D dengan sasaran 3.5 peratus nisbah perbelanjaan kasar R&D (Gerd) terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

“Ini bagi memastikan pembangunan negara yang mampan untuk jangka masa yang panjang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Tiga pemacu sosio-ekonomi (socio-economic driver) yang menerima pembiayaan geran terbesar Dana MOSTI adalah Teknologi dan Sistem Pintar (Kejuruteraan dan Pembuatan Generasi Baru), Perubatan dan Penjagaan Kesihatan dan Bandar Pintar dan Pengangkutan. 

Sementara itu, Lih Kang berkata, Malaysia Grand Challenge (MGC) yang dilancarkan 8 Januari lalu disokong lima skim pembiayaan dana R&D MOSTI di bawah Pemacu.

Katanya, ia termasuk Dana Applied Innovation (AIF), Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD 1), Dana Pembangunan Teknologi 2 (TeD 2), Dana Bridging (BGF) dan Dana Penyelidikan Strategik (SRF).

“MGC adalah bagi menghasilkan penyelesaian berasaskan sains, teknologi dan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat melalui hasil R&D berkualiti dan berimpak tinggi.

“Ianya mengikut bidang keutamaan yang telah dikenal pasti melalui rangka kerja 10-10 MySTIE dan juga 30 bidang tujahan yang telah dibangunkan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan