28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

3,000 pelajar, warga USIM hadiri forum mengenai Palestin

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KIRA-KIRA 3,000 pelajar dan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin dengan menghadiri forum Palestin: Masa Untuk Kebangkitan baru-baru ini.

Himpunan yang dianjurkan oleh Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (Mapim) itu berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Mukriz, USIM di Nilai, Negeri Sembilan.

Selain melaungkan takbir bersama ahli panel, para peserta yang juga menyemarakkan lagi suasana malam tersebut dengan mengangkat bendera negara Palestin serta plakat ‘’Israel Cuak’’.

Selebriti terkenal, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi yang juga dikenali sebagai The Helmis dan Ketua Aktivitis Kemanusiaan Mapim Malaysia, Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby bertindak sebagai panel jemputan.

‘’Saya menyeru semua anak muda yang berada di sini (Kompleks Islam Tuanku Mukhriz, USIM) menggunakan media sosial masing-masing untuk menyebarkan fakta tentang isu Palestin dengan sahih.

Advertisements

‘’Perbanyakkan doa juga untuk kemenangan dan kesejahteraan untuk umat Islam di Palestin,’’ ujar Heliza.

Sementara itu, Sani Araby turut menegaskan bahawa penggunaan media sosial mampu membawa suara warga USIM ke serata dunia.

‘’Gunakan setiap platform yang ada untuk sebarkan isu Palestin supaya seluruh masyarakat mendapat maklumat yang betul,” katanya.

Para panel juga berharap lebih ramai rakyat negara ini sedar dan cakna terhadap isu Palestin dan teruskan semangat untuk menyebarkan sebanyak mungkin berita tentang kekejaman Zionist kepada penduduk di bumi Palestin. – Nur Diyana Mohd Wazir/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan